Nazzira . 17 . Malaysia . madly in love with Taekwoon . all my stories are not at cinema yet . haha ~
twitter .

:D Thankyu for visiting ☆
[+] Follow Affies

Posted on: Tuesday, July 3 @ 6:50 PM | 0 comment(s)
pergi membawa diri . :')

Assalamualaikum .

Hai peeps , sedih juga tajuk aku ni . :D tapi itulah kenyataan nya . dan post yg ini adalah untuk mencarut . tak lah , luahan hati saja ni .


Dear awak , kalau awak rasa awak dah tak perlukan saya , tolong tinggalkan saya . sebab saya rasa awak cuma perlukan saya bila awak dah takde sesiapa . kan ? mungkin awak tak perasan , tapi tuan punya badan sentiasa tau . saya cakap macam ni bukan sebab saya taknak jadi kawan awak lagi , tapi saya tak suka kalau kawan saya sendiri abaikan saya macam saya ni tidak penting untuk awak . mungkin memang tidak penting pun agaknya , sebab bila dah ada teman istimewa , saya pasti sangat kawan sendiri akan dilupakan . saya cuma tidak mahu terus-menerus sakit hati pasal benda ni . dan saya juga taknak menyakitkan hati mana-mana pihak . saya cukup menderita selama ni sebab awak layan saya macam terpaksa . tak tau lah apa kebenarannya , tapi itulah apa yang saya rasa . apa-apa pun , saya cuma nak awak tahu yang saya sangat sakit hati -sedih dengan apa yang awak dah buat kat saya . saya sekarang akan berusaha sedaya upaya untuk tidak terus makan hati dengan awak dan akan cuba sedaya upaya untuk mengembirakan hati saya yang tengah luka ni . dan sekiranya saya 'ignore' awak kat sekolah nanti , maafkan saya , saya cuma nak menjauhkan diri dari awak sampai hati saya pulih . harap awak faham . :')

# sekian terima kasih . Ikhlas dari hati yang tengah luka . :'D


Back to top


Copyright ©. Layout by SekarYoshioka. Header : Pixiv and edited by SekarYoshioka. Please view it with Google Chrome 1024*768. All rights reserved.