![]() Nazzira . 17 . Malaysia . madly in love with Taekwoon . all my stories are not at cinema yet . haha ~ twitter . :D Thankyu for visiting ☆
|
Posted on: Wednesday, March 7 @ 3:41 PM | 0 comment(s)
dont be sad.. :')
assalammualaikum.. and hai2.. :)
kesedihan adalah satu fitrah yang Allah cipta kepada hamba-Nya
Kadangkala kesedihan
mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa
kita jauh darinNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka
kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi
perkara yang sia-sia?
Acap
kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita
gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih
kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi,
kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih
semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu
kecil disisi Allah Azzawajalla.
Dalam
sebuah Hadith Sahih disebutkan:
Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan
sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir
walau seteguk air pun.
Menurut
Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat
sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk
kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?
Sheikhul
Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada
ikan,lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.
dan Ibnu
Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali gembira mengenali Allah.
Kebahagian
adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri, masa depan, keluarga dan
kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa
qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.
Oleh itu
kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu
sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan
dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini
terlalu kecil untuk ditangisi.
do like she did. hahhaa.
|